Wednesday, March 3, 2010

Antara Dua Hati - catatan dari blog Ummuhusna




Begitu indah bait-bait kata dalam petikan blog ummuhusna....sememangnya ummie amat suka dan meminati blog ummuhusna walaupun dirinya tak pernah ummie jumpa hanya berbicara di alam maya sahaja.

Di sini ummie masukkan catatan terbaru beliau....begitu halus dan menusuk hati cara beliau memberi pengajaran dan didikan kepada anak beliau....kalaulah ummie dapat jadi begitu lembut, sabar dan tabah dalam mendidik anak-anak yang semakin banyak ragam, Insyaallah....dengan harapan agar Allah beri kekuatan untuk ummie menjadi ibu yang terbaik dan dapat mendidik anak-anak ummie menjadi anak yang SOLEH & SOLEHAH....mempunyai anak yang ramai memang menyeronokkan tetapi begitu banyak cabaran dan dugaan dalam memberi didikan yang terbaik kepada mereka....


untuk tatapan semua: petikan dari blog ummuhusna


ANTARA DUA HATI


Mulut saya terkumat kamit melafaz tasbih, tahmid dan takbir.

Terasa tenang dan damai di hati ini kala kalimah-kalimah tayyibah itu dibaca bertali.


“Subhanallah….walhamdulillah…..wala ilaha illallah..Allahu Akbar,” semakin asyik saya dengan alunan zikir yang dibaca, terasa semakin damai dan syahdu menyelinap ke dalam jiwa. Betapa indahnya saat bibir melantunkan kalimah memuji-Nya, hati menyambut. Penuh rasa bahagia. Sukma bergetar bersama kerinduan yang entah bila bertemu penghujungnya. Hanya DIA yang Maha Tahu. Justeru DIA yang menerbitkan kerinduan itu.


“Subhanallah….walhamdulillah…wala ilaha illallah..Allahu Akbar.”


Kedengaran di telinga, Kak Long dan Kak Ngah turut mengikuti setiap lafaz yang dialunkan. Sesekali mereka melagukannya dengan suara yang kuat diiringi ketawa kecil. Masih belum mengerti dan memahami keindahan yang lahir dari patah-patah perkataan agung itu. Hati saya sedikit terusik. Tersentuh dengan gelagat anak-anak yang masih belum ‘masak’ dengan kehidupan dunia yang penuh warna.


Saya menoleh ke belakang. Mengerutkan sedikit raut muka sambil menggeleng-gelengkan kepala. Tanda tidak suka.


MAKANAN HATI

Usai solat Maghrib berjamaah, saya membalikkan badan. Mengadap wajah bersih Kak Long dan Kak Ngah. Lama saya diam tanpa sedikit pun bersuara sambil memandang tepat ke anak mata mereka yang masih bersinar cerah.


Melihat perlakuan saya itu, Kak Long dan Kak Ngah saling berpandangan lalu tersenyum malu-malu. Mungkin mereka tahu bahawa teguran saya sebentar tadi akan dilanjutkan pula dengan kata-kata yang lebih berisi.


“Kak Long..tolong ambikan Ummi sehelai kertas putih, majalah dan pen hitam. Sebatang pun cukup,” saya berkata. Kak Long bingkas bangun.“Ini..Ummi.” Kak Long menghulurkan barang-barang yang diminta. Saya menerima dengan ucapan terima kasih lalu meletakkan barang-barang tersebut di hadapan. Di tengah-tengah, betul-betul di antara saya, Kak Long dan Kak Ngah.


Sejurus, saya diam kembali. Berfikir untuk memilih pembuka kata yang sesuai buat peringatan anakanda berdua. Kak Long dan Kak Ngah sabar menanti bicara.


“Kak Long dan Kak Ngah ingat tak tazkirah Ummi tentang hati ?” saya memulakan dengan satu soalan.“Tentang badan perlu makanan..begitu juga dengan hati..pun memerlukan makanan,” saya menambah perencah bayangan. Terlihat kedutan pada dahi kedua-duanya diikuti anggukan kepala mereka selang beberapa ketika.


“Kalau hati tak dapat makanan nanti dia sakit, kan Ummi ?” Kak Ngah melontar pertanyaan sekaligus menandakan telah ada sedikit kefahaman mengenai hati dan jiwa sebagaimana yang pernah saya sampaikan.


TITIK HITAM

“Alhamdulillah…betullah tu. Hati kita seperti tubuh luaran juga. Sangat perlu kepada makanan untuk kekal sihat dan kuat. Tapi apa contoh makanan untuk hati? Nasi ? Coklat? Ke tom yam?” Sekali lagi saya bertanya untuk mencungkil pengetahuan sedia ada kedua-duanya.


Sengaja saya selitkan sedikit jenaka untuk menarik perhatian mereka. Mendengar perkataan tom yam, menyeringai ketawa mereka berdua. Apa tidaknya, itu makanan kegemaran mereka.


“Solat dan membaca al Quran,” pantas Kak Long memberikan jawapan. Kali ini saya membalas dengan senyuman. “Selesai langkah pertama,” bisik saya.


“Sekarang Ummi nak Kak Long dan Kak Ngah tutup mata,” saya mengarahkan sambil tangan mengambil kertas putih, majalah dan pen hitam. Menggunakan pen berdakwat hitam itu, saya buatkan satu titik pada kertas putih dan satu titik lagi pada satu helaian muka surat pada majalah yang di atasnya penuh dengan coretan dan tinta hitam.


“Ok, boleh buka mata,” saya berkata sambil menyuakan kertas putih kepada anakanda berdua. Terpisat-pisat mereka melihat kertas putih di hadapan mata.“Cuba Kak Long, Kak Ngah cari titik hitam pada kertas putih ni?” pinta saya. Mereka segera menunjukkan titik hitam yang tertera pada lembaran putih bersih itu. Saya tersenyum. Mereka juga tersenyum. Mudah!


“Baik..sekarang cuba cari titik yang sama pada majalah ini pula,” pinta saya seterusnya. Kak Long dan Kak Ngah mendekatkan majalah tersebut rapat ke muka. Terlihat kesukaran mereka menemukan titik serupa pada majalah di hadapan mata. Namun percubaan mencari diteruskan sehingga akhirnya, mereka mengalah. Mereka gagal mencarinya. Payah dan susah!


HATI YANG HITAM

Saya menggosok kepala kedua-duanya sambil tersenyum puas. Langkah kedua berakhir, menyusul pula langkah ketiga.


“Kak Long dan Kak Ngah tahu apa bezanya. Kenapa.. lebih mudah melihat titik yang ada di atas kertas putih berbanding titik pada majalah yang bertulis?” saya bertanya untuk menguji pemahaman mereka.


“Sebab kertas putih ni kosong..senang la nampak titik yang satu ni je..”jawab Kak Long bersahaja. Kak Ngah menganggukkan kepala mengiyakan jawapannya.


“Bagus..tepat sekali jawapan Kak Long. Ummi sekadar membuat perumpamaan dan contoh supaya Kak Long dan Kak Ngah mudah faham. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :


Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” ( Hadis riwayat Ibn Majah )


“Kertas putih dan majalah ini umpama hati manakala titik hitam pula umpama dosa. Syaitan akan selalu menghasut manusia untuk melakukan kejahatan dan maksiat kepada Allah. Ummi, ayah dan semua orang tak terlepas dari hasutannya. Kalau kita dah buat baik dan ikut perintah Allah sekalipun, Syaitan akan hasut supaya kita riya’, bangga diri dengan amalan baik tersebut.


HATI YANG BERSIH

“Akan tetapi, jika hati kita bersih seperti kertas putih ini, sekali sahaja terlintas perasaan riya’ dan bangga di dalam diri, kita akan mudah sedar dan segera meminta ampun dari Allah. Inilah hati orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Allah SWT berfirman di dalam al Quran yang bermaksud :


Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka akan ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” ( Surah al A’raf ayat 201 )


“Tetapi, cuba Kak Long dan Kak Ngah bayangkan kalau hati kita ini penuh dengan warna hitam seperti majalah ini. Jangankan riya’, sikap sombong yang nampak secara lahir pun akan sulit untuk kita kesan dan insafi kerana hati yang penuh dosa….” tambah saya lagi.


“Sebab tu kalau hati kotor, orang mudah buat jahat ye Ummi?” Serius Kak Ngah bertanya untuk beroleh jawapan pasti.


“Ye. Sebab itu Ummi tak gembira bila Kak Long dan Kak Ngah main-main masa berzikir tadi. Salah satu cara untuk dapatkan hati yang bersih ialah dengan zikir. Allah suka sangat jika kita banyak mengingati Allah, menginsafi kebesaran Allah dan menyedari keagungan Allah. InsyaAllah, dengan selalu berzikir hati kita akan menjadi bersih, lembut, lebih halus dan lebih peka untuk menyedari kesilapan dan dosa yang kita lakukan terutama dalam hal-hal yang tersembunyi seperti penyakit-penyakit hati tadi,” saya mengakhiri kata-kata.


ANTARA DUA HATI

Saya menginsafi bahawa hati merupakan benteng keteguhan iman seorang manusia. Namun, apabila hati manusia telah mati dan tidak bersinar dengan cahaya hidayah, amat mudah bagi Syaitan menewaskannya di gelanggang mujahadah. Nafsu yang sentiasa mengajak kepada kemaksiatan menjadi bertambah kuat dengan bantuan Syaitan Laknatullah. Maka terbukalah pintu segala kejahatan ke dalam diri, kerana syaitan itu meresap ke jasad anak Adam sebagaimana mengalirnya darah di dalam tubuh. Kemanisan dan kelazatan beribadat tidak lagi dapat dirasakan. Tembok penghadang akan terbina, menghalang kepada masuknya cahaya ilmu dan iman.


Walau pun pengetahuan setinggi langit dunia, tetap saja ia tidak meresap ke dalam jiwa. Tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. Inilah impak dari hati yang hitam dan berdebu dengan noda dan dosa.


Benarlah :


Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” ( Surah al-Muthaffifiin ayat 14 )


Saya menyambung zikrullah, mengingati-Nya, membesarkan-Nya dengan sepenuh jiwa. Bermula dengan suara yang jelas ditelinga beralih semakin sayup menekan sukma. Bantulah kami Ya Allah untuk membersihkan hati. Menyisih segala mazmumah yang bersarang di dalamnya sehingga mampu kami bertemu-Mu kelak dengan keimanan yang sempurna, ameen.


Orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman mereka.” ( Surah Al-Anfal ayat 2 )


Itulah catatan dari blog ummuhusna, sememangnya manusia sentiasa diuji...dan...setiap ujian itu harus kita tempuhi dengan penuh sabar dan tawakkal kepadaNya...


semoga kita semua tidak putus asa dalam mencari keredhaan dan cinta Ilahi


Wassalam

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidurrasul 1431H


Rasulullah

Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Wednesday, February 24, 2010

penantian satu penyeksaan 2

Nampaknya dah nak masuk 2 minggu blog ni tak diupdate...rasa malas sangat nak layan...tapi bila ada kawan bertanya kenapa lama tak update blog, ish rasa macam bersalah pulak, so kali ni kuatkan semangat...control mood...supaya cerita-ceriti di dalam ni dapat memberi manafaat buat semua...

Alhamdulillah....minggu ni dah masuk minggu ke-37, masih lagi bertahan dan masih lagi diberi kekuatan untuk drive sendiri pergi kerja...walaupun kekadang tu ada juga bermanja dengan cik abang minta dia hantarkan...

Pregnant kali ini macam-macam cik abang prepare...dengan air selusuh berbotol-botol dan minyak selusuh...yang lepas-lepas tak pernah amal pun semua ni...rasa macam takut pulak...dah dia dah buatkan untuk kita takkan kita tak nak minum pulak...nanti kecik ati...ada bertanya dengan kawan, dia kata kekadang minuman itu buat semangat untuk kita...Insyaallah semuga Allah permudahkan semuanya...

Ini adalah artikel berkenaan Selusuh yang di ambil dari blog IbnRajab.wordpress.com. - Jazakallah akhi :

Selusuh ialah nama bagi bahan khusus yang disediakan untuk memudahkan kelahiran bayi juga meringankan penderitaan ibu. Selusuh terdiri daripada air dan minyak yang disebut sebagai air selusuh dan juga minyak selusuh. Adakalanya kedua bahan ini digunakan secara bersama dengan ditambah dengan buah kurma (seelok-eloknya kurma Nabi iaitu ajwah)

Air selusuh dibuat (jika dapat) menggunakan air zam-zam. Minyak selusuh pula dibuat sendiri menggunakan kelapa tua yang belum kering kulitnya (kelapa hijau). Kelapa diparut dan diperah santannya tanpa ditambah air. Toskan santan tersebut didalam bekas selama lebih kurang 3 hingga 4 jam. Kemudian saring kepala (bahagian atas) santan menggunakan sudu bagi mengasingkan pati-patinya yang telah terkumpul di dasar bekas tadi.

Masak santan berkenaan menggunakan kuali dengan api perlahan. Sentiasa kacau santan bagi mengelakkannya menjadi berketul. Masak sehingga pecah minyak dan kacau hingga bentuk tahi minyak bertukar menjadi kuning keemasan (lebih kepada kehitaman sebenarnya tapi bukan hangus). Setelah itu sejukkan minyak dan asingkan daripada tahinya. Tuang minyak ke dalam gelas kaca (kalau dapat gelas tidak berwarna dan putih jernih). Simpan minyak dalam suhu bilik selama lebih kurang seminggu atau lebih agar pati-pati tahi minyak akan mendap ke bawah gelas. Setelah itu anda akan dapati minyak yang warnanya keemas-emasan dan jernih. Pindahkan minyak (saringkan) yang jernih bersih itu ke dalam bekas kaca yang lain dan kini mulakan dengan amalan-amalan di bawah:

1. Minyak dan air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan);

2. Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air dan minyak tadi:- Surah Al-fatihah- Surah al-Hasyr ayat 21-24- Selawat Syifa

- Doa 1










- Doa 2










3. Simpan (air dan minyak) di tempat yang selamat

4. Sementara menunggu saat sakit nak bersalin, suami dan isteri hendaklah sentiasa solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Banyakkan membaca al-Quran terutama surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Setelah masuk minggu yang terakhir (sebelum due), berikan isteri minum air selusuh (sahaja, tidak termasuk minyak) sekali sehari selepas solat fardhu subuh.

5. Apabila isteri merasakan sakit nak bersalin, minum air selusuh, makan 1-3 biji buah kurma dan telan sesudu minyak selusuh. Sabarlah menunggu saat kelahiran dengan perasaan yakin dan tawakkal kepada Allah..

Amalan penyediaan air dan minyak selusuh ini adalah diwarisi turun temurun daripada petua dan amalan orang-orang tua di Malaysia secara khususnya di Kelantan atau secara umumnya di rantau Asia Tenggara. Cuma pendekatan penyediaannya kini dimurnikan dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan hati yang ikhlas ingin mendapat pertolongan daripada Allah SWT jua.


Tidak ada sebarang halangan untuk menggunakan al-Quran dan bermunajat serta berdoa kepada Allah apatah lagi meminta pertolongan daripadaNya bahkan ia adalah suatu ajaran Agama melalui gesaan al-Quran sendiri (surah al-Fatihah:5)
Sekian, selamat mencuba! Wallahu aklam..








Friday, February 5, 2010

penantian satu penyeksaan

Hari ni genap 34 minggu usia kandungan.....ada lagi 4 minggu kalau mengikut due date yang pertama....kalau tidak kena tunggu lagi 2 minggu ikut due date scan....Ya Allah....berilah kekuatan untuk ummie tempuhi semua ini....

Kuatkan diri jugak hari ini masak untuk hubby dan anak-anak tersayang, hari ni cuti...so semua ada kat rumah....kesian kat diaorang sepanjang minggu asyik makan lauk goreng jer (masakan bibik ummie) dan budu (memang wajib ada)....so hari ni kena masak jugak walaupun dah rasa macam tak boleh jalan....Alhamdulillah siap jugak akhirnya...nanti balik dari solat Jumaat bolehlah hubby dan anak-anak terunanya terus makan....

Kelmarin sampai jugak bungkusan kiriman dari kak Rahimah yang buat home biz produk bersalin dah seminggu tunggu....

Dalam box tu ada...
1. set bersalin NR (nona roguy) - ini kali kedua menggunakan set NR
2. bengkung zigzag


3. Ebook panduan selepas bersalin dan uncang mandian herba


Insyaallah kali ini harap sangat dapat berpantang dengan sempurna walaupun nanti dalam tempuh berpantang ni tak ada orang tua yang nak jadi....so jaga sendiri ler.....hubby ada tak apa...dia memang rajin jaga wife dia masa dalam pantang....anak2 pulak...bibik ada untuk tengok2kan mereka....
Di saat-saat begini memang kita memerlukan orang yang rapat dengan kita semoga segala kesakitan yang kita rasai akan hilang begitu saja....pernah baca 1 artikel berkenaan suami mithali idaman isteri...bolehlah kita baca dan renungkan bersama....kepada para suami atau bakal suami...adakah kita termasuk dalam golongan tersebut....

Renung-renungkan....

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan iniada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentuanda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniatdan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyaipasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukanuntuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuksifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalanyang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minityang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suamitersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akanturun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaansemasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramaisuami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yanganda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronokdan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauanyang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkanhubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihatmenasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan danmengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasamakan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasamandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suamiisteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapatmeringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakanpasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyakmasalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat danceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikanpenampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yangcemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dankemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri deritadan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan,kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagiamembentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluargajuga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secarasengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepadaorang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yangmembeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suamimemusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayangdan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat sukaapabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kakisuami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isterimerajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabilasuami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalansunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik danmenasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalahtertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang laindaripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabilaberjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkanisteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehinggasuami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambahmengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsaraserta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dankeluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turutberubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suamitidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmattambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikanmasalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelakicuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadapsuami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasukpembantu rumah.

sumber dari : MatJa ( ahmad_rizza@yahoo.com.my )









Sunday, December 13, 2009

First step

Salam Ukhuwah....dimulakan....


Pertama kali dalam hidup memberanikan diri untuk membina blog sendiri.....satu pertanyaan terbit dalam hati mampukan ummie nak update blog ni??? adakah masa yang terluang untuk mengisi pengisian yang berguna dalam blog ni??? Seronok bila tengok kawan-kawan yang ada blog sendiri dan menceritakan kenangan-kenangan yang dilalui, tapi umie rasa macam segan pulak nak menceritakan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian, bagi umie.....umie nak jadikan medan ini sebagai medan untuk berkongsi maklumat yang berguna agar ia lebih memanafaatkan kita semua di dunia dan akhirat....

Salam penuh kemesraan dari ummieAisya...

Teringat satu lagu semasa study dulu dan kini masih lagi bermain di bibir...
SALAM MESRA
SALAM MESRA
SALAMMM MESRAAA....

BERJUMPA LAGI
BERTEMU LAGI
SALAMMM MESRAAA.....