Friday, February 26, 2010

Salam Maulidurrasul 1431H


Rasulullah

Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Wednesday, February 24, 2010

penantian satu penyeksaan 2

Nampaknya dah nak masuk 2 minggu blog ni tak diupdate...rasa malas sangat nak layan...tapi bila ada kawan bertanya kenapa lama tak update blog, ish rasa macam bersalah pulak, so kali ni kuatkan semangat...control mood...supaya cerita-ceriti di dalam ni dapat memberi manafaat buat semua...

Alhamdulillah....minggu ni dah masuk minggu ke-37, masih lagi bertahan dan masih lagi diberi kekuatan untuk drive sendiri pergi kerja...walaupun kekadang tu ada juga bermanja dengan cik abang minta dia hantarkan...

Pregnant kali ini macam-macam cik abang prepare...dengan air selusuh berbotol-botol dan minyak selusuh...yang lepas-lepas tak pernah amal pun semua ni...rasa macam takut pulak...dah dia dah buatkan untuk kita takkan kita tak nak minum pulak...nanti kecik ati...ada bertanya dengan kawan, dia kata kekadang minuman itu buat semangat untuk kita...Insyaallah semuga Allah permudahkan semuanya...

Ini adalah artikel berkenaan Selusuh yang di ambil dari blog IbnRajab.wordpress.com. - Jazakallah akhi :

Selusuh ialah nama bagi bahan khusus yang disediakan untuk memudahkan kelahiran bayi juga meringankan penderitaan ibu. Selusuh terdiri daripada air dan minyak yang disebut sebagai air selusuh dan juga minyak selusuh. Adakalanya kedua bahan ini digunakan secara bersama dengan ditambah dengan buah kurma (seelok-eloknya kurma Nabi iaitu ajwah)

Air selusuh dibuat (jika dapat) menggunakan air zam-zam. Minyak selusuh pula dibuat sendiri menggunakan kelapa tua yang belum kering kulitnya (kelapa hijau). Kelapa diparut dan diperah santannya tanpa ditambah air. Toskan santan tersebut didalam bekas selama lebih kurang 3 hingga 4 jam. Kemudian saring kepala (bahagian atas) santan menggunakan sudu bagi mengasingkan pati-patinya yang telah terkumpul di dasar bekas tadi.

Masak santan berkenaan menggunakan kuali dengan api perlahan. Sentiasa kacau santan bagi mengelakkannya menjadi berketul. Masak sehingga pecah minyak dan kacau hingga bentuk tahi minyak bertukar menjadi kuning keemasan (lebih kepada kehitaman sebenarnya tapi bukan hangus). Setelah itu sejukkan minyak dan asingkan daripada tahinya. Tuang minyak ke dalam gelas kaca (kalau dapat gelas tidak berwarna dan putih jernih). Simpan minyak dalam suhu bilik selama lebih kurang seminggu atau lebih agar pati-pati tahi minyak akan mendap ke bawah gelas. Setelah itu anda akan dapati minyak yang warnanya keemas-emasan dan jernih. Pindahkan minyak (saringkan) yang jernih bersih itu ke dalam bekas kaca yang lain dan kini mulakan dengan amalan-amalan di bawah:

1. Minyak dan air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan);

2. Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air dan minyak tadi:- Surah Al-fatihah- Surah al-Hasyr ayat 21-24- Selawat Syifa

- Doa 1










- Doa 2










3. Simpan (air dan minyak) di tempat yang selamat

4. Sementara menunggu saat sakit nak bersalin, suami dan isteri hendaklah sentiasa solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Banyakkan membaca al-Quran terutama surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Setelah masuk minggu yang terakhir (sebelum due), berikan isteri minum air selusuh (sahaja, tidak termasuk minyak) sekali sehari selepas solat fardhu subuh.

5. Apabila isteri merasakan sakit nak bersalin, minum air selusuh, makan 1-3 biji buah kurma dan telan sesudu minyak selusuh. Sabarlah menunggu saat kelahiran dengan perasaan yakin dan tawakkal kepada Allah..

Amalan penyediaan air dan minyak selusuh ini adalah diwarisi turun temurun daripada petua dan amalan orang-orang tua di Malaysia secara khususnya di Kelantan atau secara umumnya di rantau Asia Tenggara. Cuma pendekatan penyediaannya kini dimurnikan dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan hati yang ikhlas ingin mendapat pertolongan daripada Allah SWT jua.


Tidak ada sebarang halangan untuk menggunakan al-Quran dan bermunajat serta berdoa kepada Allah apatah lagi meminta pertolongan daripadaNya bahkan ia adalah suatu ajaran Agama melalui gesaan al-Quran sendiri (surah al-Fatihah:5)
Sekian, selamat mencuba! Wallahu aklam..








Friday, February 5, 2010

penantian satu penyeksaan

Hari ni genap 34 minggu usia kandungan.....ada lagi 4 minggu kalau mengikut due date yang pertama....kalau tidak kena tunggu lagi 2 minggu ikut due date scan....Ya Allah....berilah kekuatan untuk ummie tempuhi semua ini....

Kuatkan diri jugak hari ini masak untuk hubby dan anak-anak tersayang, hari ni cuti...so semua ada kat rumah....kesian kat diaorang sepanjang minggu asyik makan lauk goreng jer (masakan bibik ummie) dan budu (memang wajib ada)....so hari ni kena masak jugak walaupun dah rasa macam tak boleh jalan....Alhamdulillah siap jugak akhirnya...nanti balik dari solat Jumaat bolehlah hubby dan anak-anak terunanya terus makan....

Kelmarin sampai jugak bungkusan kiriman dari kak Rahimah yang buat home biz produk bersalin dah seminggu tunggu....

Dalam box tu ada...
1. set bersalin NR (nona roguy) - ini kali kedua menggunakan set NR
2. bengkung zigzag


3. Ebook panduan selepas bersalin dan uncang mandian herba


Insyaallah kali ini harap sangat dapat berpantang dengan sempurna walaupun nanti dalam tempuh berpantang ni tak ada orang tua yang nak jadi....so jaga sendiri ler.....hubby ada tak apa...dia memang rajin jaga wife dia masa dalam pantang....anak2 pulak...bibik ada untuk tengok2kan mereka....
Di saat-saat begini memang kita memerlukan orang yang rapat dengan kita semoga segala kesakitan yang kita rasai akan hilang begitu saja....pernah baca 1 artikel berkenaan suami mithali idaman isteri...bolehlah kita baca dan renungkan bersama....kepada para suami atau bakal suami...adakah kita termasuk dalam golongan tersebut....

Renung-renungkan....

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan iniada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentuanda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniatdan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyaipasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukanuntuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuksifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalanyang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minityang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suamitersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akanturun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaansemasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramaisuami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yanganda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronokdan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauanyang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkanhubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihatmenasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan danmengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasamakan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasamandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suamiisteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapatmeringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakanpasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyakmasalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat danceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikanpenampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yangcemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dankemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri deritadan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan,kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagiamembentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluargajuga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secarasengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepadaorang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yangmembeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suamimemusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayangdan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat sukaapabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kakisuami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isterimerajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabilasuami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalansunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik danmenasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalahtertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang laindaripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabilaberjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkanisteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehinggasuami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambahmengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsaraserta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dankeluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turutberubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suamitidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmattambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikanmasalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelakicuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadapsuami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasukpembantu rumah.

sumber dari : MatJa ( ahmad_rizza@yahoo.com.my )